Peniaga bundle nak jual topi vintage usia lebih 50 tahun dengan harga RM800,000

Peniaga bundle nak jual topi vintage usia lebih 50 tahun dengar harga RM800,000, bundle near me jbr bundle humble bundle 2nd street bundle family bundle jbr bundle shah alam

 

Sifat serta perangai penjual barangan bundle yang meletakkan harga tinggi terhadap barang ‘rare’ nampaknya semakin diluar jangkaan.

Terbaharu di media sosial, seorang penjual barangan bundle yang cukup dikenali itu menawarkan harga sebiji topi keluaran lama semahal kereta Ferrari ‘second hand’.

Peniaga bundle nak jual topi vintage usia lebih 50 tahun dengar harga RM800,000, bundle near me jbr bundle humble bundle 2nd street bundle family bundle jbr bundle shah alam

Topi lama yang tertera perkataan Pepsi Cola dengan gaya klasik itu dikatakan dikeluarkan sebelum Prang Dunia ke-2 dengan harga yang langsung tidak masuk akal.

Harga yang ditawarkan oleh penjual itu adalah sebanyak RM800,000.

@luqman_pbqq Topi Harga Separuh Jakarta #matkimia ♬ original sound – M&M STORE 👕🤍

Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan harga yang ditawarkan dan juga ada yang mempertikaikan berkenaan keadaan topi tersebut yang masih nampak seperti baharu.

“Harga betul-betul mahal ni, nak pula orang beli dengan harga sebiji banglo ni. Sampai RM800,000 harga sebiji topi.

“Kalau kaya macam mana pun tak kan aku beli semata-mata nak pakai di kepala, habis tidak simpan dalam almari, ” jelas Mustakim Burger.

“Tak beragak abang ni, tapi golongan ni tak boleh tegur nanti ada lah cakap ‘demo tak kenal bare’.

“Kenal atau tak tapi bagi aku biarlah kena dengan barang tu. Mungkin ada kot orang nak beli tu yang dia berani offer harga tinggi. Semoga berjaya, ” jelas Long Karim.

Berita Lain:

Peniaga pelik tiada orang datang kedainya, rupanya ada tanah kubur “bangkai” orang tabur

Guru pondok cabul ahli perniagaan lelaki ditahan

Bangga tunjuk duit banyak di Media Sosial, sekali LHDN datang komen

COMMENTS

Wordpress (0)