Penjawat awam negeri Kelantan terima RM600 melibatkan seramai 6,854 orang.

Penjawat awam negeri Kelantan terima RM600 melibatkan seramai 6,854 orang.

Penjawat awam negeri Kelantan akan menikmati bantuan kewangan bernilai RM600 melibatkan seramai 6,854 orang.

Perkara itu diumumkan menteri besarnya, Ahmad Yakob ada sesi penggulungan sidang dewan undangan negeri (DUN) di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, bantuan sama juga diberikan kepada kakitangan kerajaan lantikan politik bernilai RM300 setiap seorang melibatkan 4, 220 orang.

“Kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan kewangan kepada kakitangan awam seramai 6,854 akan menerima RM600 dan lantikan politik pula sebanyak RM300 melibatkan penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru alquran dan fardu ain, guru pondok dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menasihatkan seluruh rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat diputuskan.

“Kita juga mesti banyak berdoa, terutamanya kita sebagai pemimpin, kita sebagai Adun, sebagai exco, sekurang-kurangnya bacalah doa sebelum subuh dan selepas subuh setiap hari, insya-Allah doa kita termakbul demi kita sayangkan rakyat kita,” katanya.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/550122

COMMENTS