Penolakkan “bipartisan”, itu hujah seorang pemerhati politik

Penolakkan “bipartisan”, itu hujah seorang pemerhati politik

PAS pula bertegas tidak menyertai kepimpinan baru kerajaan Perak kerana ADUN-ADUN parti itu tetap bersama PPBM dalam kepimpinan PN.

Maknanya 3 ADUN PAS ingin berada di luar kerajaan baru. Tapi adakah PAS tidak akan juga menyokong sebuah kerajaan yang dipimpin UMNO?

Ucapan Menteri Besar yang hilang keyakinan Dewan Undangan Negeri mengungkit nostalgianya bersama PH dan tidak pula sebut pasal PN.

Kiranya tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tidak cukup bilang kerusi, apa lagi pilihan selain dari perlu diadakan PRN Perak?

Darurat pula ke untuk menangguhkan PRN?

Pada hari ini kerajaan PN negeri Perak telah jatuh.
Menteri Besar Perak Faizal Azumu hanya mendapat 10 undi percaya sahaja daripada 59 ADUN-ADUN Perak.
Beliau berkata sebab kejatuhan ini adalah kerana UMNO bekerjasama dengan DAP.
Namun sebab sebenarnya ialah bukan kerana itu; UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah dan tidak akan bekerjasama dengan DAP.
Sebab sebenarnya ialah kerana hampir semua wakil rakyat secara bipartisan dan tidak kira kepartian menolak PPBM.
Ini ditunjukkan apabila lebih 80% daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak Menteri Besar dan Timbalan Presiden PPBM itu.
UMNO Perak menolak PPBM sebab PPBM dilihat tidak ikhlas dengan hubungan di peringkat negeri dan di peringkat nasional.
Contohnya, permintaan UMNO dalam hal KWSP dan moratorium pun dilayan seperti melepas batuk di tangga.
DAP dan PKR pula menolak PPBM sebab mereka (PPBM) telah menghianati mereka.
Siapa yang ingin berkawan dengan orang yang tidak ikhlas dan khianat.
Jika mereka pernah khianat sebelum ini, mereka akan khianat lagi nanti, tidak kira dengan siapa.
Dan apa yang berlaku di Perak ini akan melarat ke negeri-negeri lain di Malaysia.
Yang berlaku di Perak ini adalah prelude kepada apa yang akan berlaku di Parlimen kelak.
Ianya tidak lagi boleh dielakkan.

COMMENTS