Penting! Cara semak bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan

Cara cek bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan bkm.hasil.gov.my login 2022 bkm 2022 bkm.hasil.gov.my login bkm hasil bkm 2022 kemaskini lhdn bkm bkm hasil gov my bkm semakan bkm semakan status bkm hasil gov my login kemaskini

Cara cek bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan.Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Seperti dimaklumkan, bayaran BKM akan dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa. Orang ramai boleh semak jadual pembayaran BKM untuk tahu jumlah bayaran bantuan bagi setiap fasa. Bagi yang ada pasangan, pasti anda keliru kan bantuan akan dimasukkan ke ke akaun sendiri atau akaun pasangan? Jangan risau, anda boleh semak secara online kemana bayaran BKM akan dibuat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panduan buat semakan maklumat bayaran BKM.

CARA SEMAK BAYARAN BKM MASUK AKAUN BANK SENDIRI ATAU PASANGAN
Berikut adalah panduan buat semakan bayaran BKM masuk ke akaun bank sendiri atau pasangan:

Pergi ke laman bkm.hasil.gov.my


Log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini

Klik Semakan Status

Status kelulusan beserta jumlah bantuan yang diluluskan akan dipaparkan.


Klik Makluman Bayaran
Klik Maklumat Bayaran. Maklumat bayaran akan dipaparkan meliputi nama pemegang akaun bank, nama bank dan nombor akaun.

Mudah kan nak semak akaun bank yang akan dikreditkan bagi bayaran BKM? Selepas ini tak perlu lah anda keliru lagi anda atau pasangan yang akan terima bantuan tersebut.

Bagi yang TIDAK LULUS bantuan, anda masih boleh buat permohonan rayuan pada tarikh ditetapkan dengan ikut panduan berikut:

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Semoga bermanfaat!
TONTON :

BACA:

KWSP 10K : Pemuda kongsi ilmu “power” cara kembangkan duit

Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis

Tanpa senaman pun boleh bakar lemak? Ini rahsianya…

COMMENTS

Wordpress (0)