Penyanyi terkenal Indonesia gosok ‘handphone’ peminat pada kemaluan undang kecaman

Penyanyi terkenal Indonesia gosok ‘handphone’ peminat pada kemaluan undang kecaman. Gara-gara tingkah laku menggosok telefon bimbit milik peminat di bahagian alat sulit, penyanyi Indonesia, Rizky Rahmadian Pamungkas terpaksa berdepan kecaman daripada netizen.

Gosok telefon bimbit peminat

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Kojima, memaparkan bintang pop berusia 29 tahun itu melakukan aksi tidak senonoh ketika membuat persembahan di Synchronize Festival 2022 yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini.

Penyanyi terkenal Indonesia gosok 'handphone' peminat pada kemaluan undang kecaman

Di dalam video berkenaan kelihatan Pamungkas mengambil telefon bimbit peminat lalu menggosokkannya di bahagian alat sulit sebelum memulangkannya semula.

Susulan daripada kejadian terbabit, rata-rata warganet menyifatkan aksi yang dilakukan oleh Pamungkas itu adalah jijik serta menggelikan. Malah, nama penyanyi terbabit turut trending di laman Twitter dengan tanda pagar #PamungkasJijik.

Video penuh

BACA:

Gaji macam Menteri, Nabil dibayar RM40,000

3 pusat pemindahan banjir di Sarawak dibuka

PAS enggan ‘mufarakah’ dengan PPBM, UMNO isytihar langgar PAS

+ posts