Perbuatan terkutuk!!! 2 warga emas dituduh cabul kanak kanak

Perbuatan terkutuk!!! 2 warga emas dituduh cabul kanak kanak

Dua lelaki warga emas ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Selising dekat sini.

Warga emas berusia 67 dan 73 tahun itu ditahan pada Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Kedua warga emas itu dipercayai datuk dan datuk saudara kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, mangsa mendakwa menjadi mangsa cabul kepada dua warga emas itu sejak November lalu.

Menurutnya, perintah reman sudah dikeluarkan terhadap kedua suspek bermula Selasa lalu hingga Ahad ini.

“Pemeriksaan doktor terhadap kanak-kanak berkenaan tidak menemui petunjuk berkaitan perbuatan rogol.

“Namun kita tunggu tarikh temujanji daripada pihak Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) untuk dijalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

Menurut Mohd Azmir, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/680961/2-datuk-ditahan-cabul-kanak-kanak-perempuan

COMMENTS