Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad

Dalam tak sedar, banyak perkara yang boleh terjadinya Murtad. Adalah lebih selamat andai dalam sehari sekurang2nya sekali kita mengucap kalimah syahadah dan lebih baik setiap kali sebelum/ selepas menunaikan solat fardhu. Moga iman kita terpelihara. Amin.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad
petikan dari : KupuKupu

Seseorang Islam yang mukallaf boleh menjadi murtad disebabkan I’tiqad atau disebabkan perbuatan atau disebabkan perkataan.

Seseorang Islam boleh menjadi murtad (keluar dari agama Islam) disebabkan I’tiqad (kepercayaan) yang bercanggah dengan aqidah Islam.

Diantaranya :

1. tidak mengakui bahawa Allah taala ialah Tuhan yang berhak disembah.

2. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad saw.

3. tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibril

4. tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw.

5. tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.

6. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari qiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan hari qiamat seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

7. tidak mempercayai qadha’ dan qadar iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah swt.

8. tidak mengakui dan ragu-ragu menerima ijma’ sahabat-sahabat Nabi saw dalm perkara-perkara agama.

9. menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba dan sebagainya.

10. mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh Allah dengan dalil-dalil yang qat’ie seperti jualbeli, berkahwin, sewa-menyewa dan sebagainya.

11. mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

12. tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat’ie seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

Kitab rujukan : Jinayah Murtad dari Sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam (Haji Sa’id Haji Ibrahim, Bekas Mufti Negeri Sabah) terbitan Darul Ma’rifah

B) Bahan dari : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=38353
(This post has been edited by Edirossa: Jun 5 2007, 09:36 AM)

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad
Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”.

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b.) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hokum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

*PS :

Tambahan:

d) Percakapan: tidak kira sama ada niat kita itu adalah gurauan atau sebaliknya.

e) Geraki Hati: Tuhan Maha Mengetahui – ingatlah apapun terdetik dihati kita yang menperkecilkan kejadian, Qada’ dan Qadar tuhan boleh membuatkan kita murtad. sebagai contoh : “la..macam ni je Kaabah..” Nauzubillah.. jika tergerak dihati anda..cepat2lah berISTIGFAR lantas PERBETULKAN SYAHADAH..

banyakkan berZIKIR utk mengelakkan hati kita mendengar bisikan syaitan

jagalah hati..jauhkan perasaan RIAK, BANGGA, TAKBUR dan UJUB..

ingatlah, yang baik semua datang dari-Nya, yang buruk datang dari kelemahan kita manusia yang tidak dapat lari dari melakukan dosa. Andai ada yang memuji anda, semua itu hanya utk Allah SWT. panjatkan rasa syukur padaNya, dan mohon jauhkan dari rasa riak dan takbur.. ucaplah ALHAMDULLIAH.

Sumber:Whatapp

COMMENTS