Permohonan peguam Ebit Lew ditolak mahkamah

Permohonan peguam Ebit Lew ditolak mahkamah

Permohonan peguam Ebit Lew ditolak mahkamah. Permohonan peguam supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap media daripada melaporkan perkataan sensitif sepanjang prosiding kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan berpandangan sama dengan mahkamah bahawa media mempunyai hak untuk melaporkannya.

“Kes dibicarakan dalam mahkamah awam dan bukti diberikan di dalam mahkamah awam.

Permohonan peguam Ebit Lew ditolak mahkamah

“Media tidak boleh bersifat selektif dalam memilih atau memutuskan perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu.

“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan permintaan itu,” katanya.

Zahida berkata demikian sebelum memulakan pemeriksaan balas membabitkan saksi ketiga, Firdaus Wong, hari ini.

Sementara itu, mahkamah memutuskan tidak melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan pihak pembelaan berdasarkan hujahan kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, peguam bela mewakili Ebit Lew, Ram Singh memohon mahkamah bagi mendapatkan perintah larangan terhadap media supaya tidak melaporkan kenyataan atau bukti yang sensitif sepanjang prosiding.

BACA:

PM beri jaminan tiada pilih bulu oleh Kerajaan Perpaduan Malaysia

Kelibat tak kelihatan banjir kali ini, Abang Viva akhirnya bersuara

Banjir beri rezeki lebih kepada peniaga makanan tepi jalan