Pertemuan Ebit Lew dengan Sultan Kelantan di Jerman, lain pula netizen perasan

Pertemuan Ebit Lew dengan Sultan Kelantan di Jerman, lain pula netizen perasan

Pertemuan Ebit Lew dengan Sultan Kelantan di Jerman, lain pula netizen perasan. Pendakwah terkenal, Ebit Lew menitipkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika sedang bercuti bersama keluarga di Jerman.

Terharu Baginda Masih Ingat Pertemuan 3 Tahun Lalu
Menerusi hantaran di Instagram, Ebit Lew akui rasa terharu apabila baginda masih ingat pertemuan mereka tiga tahun yang lalu ketika Ebit Lew mengadakan ceramah di masjid di Kelantan.

“Rezeki jumpa Tuanku di German. Daulat Tuanku. Allahuakbar. KDYMM Sultan Muhammad V. Alhamdulillah. Terharu Tuanku ingat lagi last jumpa 3 tahun lepas masa saya ceramah di Masjid di sana.

Tuanku peramah dan mesra. Rezeki hotel sama.”-Kongsi Ebit Lew

Pelbagai Reaksi Netizen

Pertemuan Ebit Lew dengan Sultan Kelantan di Jerman, lain pula netizen perasan

Pertemuan Ebit Lew bersama Sultan Muhammad V ketika berada di Jerman mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang menitipkan rasa syukur melihat baginda yang sedang berada dalam keadaan sihat, malah ada bertanyakan adakah pendakwah ini turut berjumpa dengan Sultanah Kelantan, Che Puan Diana Petra Abdullah.

“Jumpa Sultanah tak.?”

“Alhamdulillah..Sihat napok Sultan ambo.”

“Alhamdulillah rezki Ustaz jumpa Tuanku.”

“Humble nya Sultan. Baginda yang angkat tangan pada Ustaz tanda pergi dulu 😄.”

Rezeki Ebit Lew dapat jumpa Sultan Muhammad V di Jerman. Daulat Tuanku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

BACA:

Tukar motor RX-Z dengan sebidang tanah lot

Kangkong diharamkan di Amerika, ini puncanya..

Kedai ‘akak air buah’ jadi tempat persinggahan geng RXZ