PETUA Asli Untuk Anda Cerahkan Kulit

🔲. *PETUA 1*

🔲. *PETUA 2*
Ambil sebiji telur ayam kemudian pukul bersama satu setengah cawan minyak kelapa dan satu camca madu lebah. Kacau semua bahan sehingga sebati lalu simpan di dalam peti sejuk selama sejam. Selepas itu oleskan ramuan tadi pada wajah selama 30 minit lalu bersihkan dengan air.
🔲. *PETUA 3*
Ambil sebiji timun lalu parut isinya. Kemudian, campurkan dengan setengah biji limau nipis bersama sedikit bedak sejuk. Jadikan ia sebagai masker dan sapu pada muka setiap malam. Insya-Allah jika diamalkan selalu, kulit lebih cerah malah kesan jerawat juga beransur hilang.
🔲. *PETUA 4*
Ambil satu camca kacang dan enam biji badam lalu rendam semalaman di dalam bekas berisi air panas. Keesokan hari, tumbuk bahan tersebut sehingga halus. Kemudian, oleskan bahan tadi pada kulit wajah dan biarkan selama setengah jam. Sesudah itu bersihkan wajah dengan air.
🔲. *PETUA 5*
Ambil setengah biji lobak lalu potong kepada beberapa bahagian. Kisar lobak bersama limau nipis dan kuning telur. Pastikan semua bahan sebati dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama setengah jam dan bersihkan muka dengan air. Hasilnya wajah berseri dan cerah semula jadi.
🔲 *PETUA 6*
Campurkan dua setengah camca air bersih dengan setengah cawan susu tepung. Kemudian, gaul semua bahan sehingga sebati lalu sapukan pada muka. Biarkan selama 10 minit selepas itu cuci muka dengan air. Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang cerah.
🔲 *PETUA 7*
Inginkan kulit cerah dan lembut dalam masa sama? Cuba ini, kisar kulit telur sehingga halus lalu campurkan sedikit air suam bersama bedak sejuk. Kemudian, oleskan pada wajah dengan bahan tadi dan dalam masa sama urut perlahan kulit wajah. Biarkan ia keringlalu bersihkan dengan air.
🔲 *PETUA 8*
Ambil empat hingga lima helai pucuk jambu batu muda dan bilas bersih. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan ramuan tadi pada muka selama lima minit lalu bersihkan muka dengan air. Insya- Allah kulit wajah lebih cerah dan lembut.

Kredit : pesan bonda

Baca Artikel Penuh