Pantang larang bila reunion.
Baru-baru ini kami mengadakan reunion bekas pelajar Hastings College, St Leonards-On-Sea, East Sussex England.
Pada tahun 70’an kami yang masih berusia belasan tahun dihantar oleh Kerajaan selepas MCE (SPM) untuk belajar A Levels dan OND dan seterusnya mendapatkan ijazah di Universiti seluruh England, Scotland dan Wales.
Seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sekarang ini ramai sudah bersara dan menjadi warga emas.
Dulu semasa zaman muda kami berkawan tanpa syarat.
Ada beberapa petua yang kami pegang agar reunion dapat menjalinkan silaturahim yang berpanjangan:
1. Jangan bincang hal politik.
Masing-masing ada pegangan politik mereka tersendiri berdasarkan pengalaman hidup, pergaulan dan pemikiran masing-masing.
Pegangan politik berbeza kebiasaan memecahkan masyarakat apatah lagi dengan rakan-rakan yang pentaksub.
Adalah pantang besar berbincang hal politik apabila berjumpa kawan lama kecuali anda tahu rakan tersebut mempunyai pendirian sama.
2. Jangan tanya terperinci hal pekerjaan kerana mungkin ada kawan yg tak bekerja dengan jawatan baik dan tak setinggi jawatan anda.
Masing-masing dari kita mempunyai rezeki tersendiri dan had paras pelajaran yang dicapai.
Rakan mungkin terasa hati apabila membezakan pekerjaan masing-masing walhal dahulunya sama-sama mentela’ah dalam kelas yang sama.
Elok kita jangan membezakan pekerjaan dan tahap pelajaran masing-masing.
3. Jangan sembang pasal anak-anak berjaya kerana ada yg sensitif tentang pelajaran anak mereka.
Serupa juga dengan kejayaan pelajaran masing-masing, menunjuk kejayaan anak-anak juga perkara yang sensitif.
4. Jangan menunjuk dengan ketrampilan hebat.
Semasa reunion ada yang datang dengan kereta porsche (mungkin dipinjam) memakai jam Audemars Piguet/Richard Mille, baju Burberry, dan rakan perempuan dengan tas Versace Fendace La Medusa.
Tak perlulah menunjukkan kejayaan anda membeli barangan mahal sebagai statement kononnya ‘you made it in life’.
Tujuan kita berunion ialah untuk menyambungkan silaturahim bukan untuk menunjuk-nunjuk kejayaan hidup anda.
Amma ba’du.
Apa perlu buat ketika reunion.
Bertanya khabar, sembang dan imbau ‘the good times together’ zaman dulu. Period.
BACA :