Pihak penjara sahkan Najib kini berada di HRC, bukan penjara Kajang

Pihak penjara sahkan Najib kini berada di HRC, bukan penjara Kajang. Pada 12 September 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya Dato’ Sri Najib Razak dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.

Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), pihak Jabatan Penjara telah menghantar Dato’ Sri Najib ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan di sana.

Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

Pihak penjara sahkan Najib kini berada di HRC, bukan penjara Kajang

Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

BACA JUGA :

Najib sepatutnya dah hilang kelayakan Ahli Parlimen

Najib didakwa tinggal dalam rumah, ini jawapan Jabatan Penjara

Ramai yang kutuk Najib tu pun perasuah besar, dedah Anwar

+ posts