Pin tayar lori terpelanting menghentak kepala mekanik sehingga maut

Pin tayar lori terpelanting menghentak kepala mekanik sehingga maut

Pin kekunci tayar seberat lima kilogram (kg) terpelanting sebelum menghentak kepala mekanik di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini, hingga menyebabkannya parah sebelum maut dalam kejadian pada kelmarin.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataannya hari ini berkata, siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati mangsa, K Kumaresa, 60, sedang mengetuk pin tayar kren menggunakan tukul besi untuk memastikan kedudukannya betul dan kemas ketika kejadian.

Menurut kenyataan itu, pin berkenaan terpelanting keluar daripada rim tayar, seterusnya menghentam kepala mangsa lalu melayang ke atas hingga memecahkan bumbung bengkel berkenaan.

“Susulan daripada siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian, jabatan (ini) sudah mengarahkan majikan mangsa untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kerja yang dijalankan di situ.

“(Bagaimanapun) siasatan lanjut akan dijalankan bagi melengkapkan hasil siasatan. JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan kejadian yang berlaku pada 10.35 pagi turut disaksikan pemandu kren berkenaan yang merupakan pelanggan bengkel terbabit.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/722121/pin-kekunci-5-kg-terpelanting-hentak-kepala

COMMENTS