PKPB: Boleh tamat awal jika banyak zon hijau

PKPB: Boleh tamat awal jika banyak zon hijau

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh ditamatkan lebih awal jika penilaian semula Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ada kawasan dalam yang mencatatkan penurunan kes dan semakin banyak lokasi berada di Zon Hijau

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak menolak kemungkinan itu membabitkan kawasan dikuatkuasakan PKPB di seluruh negara.

“Saya percaya jika tidak ada kes baharu, selain jangkaan kebarangkalian jangkitan juga tidak berlaku, ditambah dengan banyak kawasan kembali kepada Zon Hijau, mungkin ada kebarangkalian PKPB ditamatkan lebih awal.

“Tunggulah penilaian risiko oleh KKM dan jika ada pengumuman baharu bagi kawasan tertentu, ia akan diumumkan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan PKPB kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November lalu hingga 6 Disember ini.

Pelaksanaan PKPB ini dibuat selepas berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Sebelum ini PKPB dikuatkuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754847/pkpb-boleh-tamat-awal-jika-banyak-zon-hijau

COMMENTS