PKR sedia terima ahli politik tolak rasuah – Anwar

PKR sedia terima ahli politik tolak rasuah – Anwar

PKR menyatakan parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mahukan sistem pemerintahan yang bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Presidennya Anwar Ibrahim berkata peringatan dan penegasan dibuat raja-raja Melayu baru-baru ini perlu diberi perhatian dan tidak boleh diremehkan.

Malah katanya ia perlu didukung bagi semua pihak yang memiliki kesedaran untuk menolak kebobrokan.

Justeru kata Anwar PKR akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai,” katanya.

Mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan minggu depan, Anwar berkata, ia perlu dipersiapkan dengan menggembleng usaha kerajaan dan pembangkang.

Langkah itu katanya perlu untuk merencana strategi ampuh bagi menangani kesan Covid-19, isu pengangguran dan kemiskinan.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/548320

COMMENTS