Pogram pengeluaran vaksin covid-19 tempatan perlu diadakan

Pogram pengeluaran vaksin covid-19 tempatan perlu diadakan

KUALA LUMPUR: Malaysia digesa mempunyai program pengeluaran vaksin COVID-19 sendiri bagi tempoh jangka panjang demi kelangsungan dan keselamatan rakyatnya.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, berkata ini kerana, negara diyakini mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam pembuatan ubat-ubatan khususnya melalui farmaseutikal halal termasuk vaksin.

“Majoriti negara di dunia ini tidak bersedia untuk menghadapi pandemik berskala besar seperti COVID-19.

“Maka satu daripada pengajaran daripada COVID-19 ini adalah kepentingan sesuatu negara itu mempunyai persediaan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi pandemik sebegini.

“Kita merasa terkilan mengapa negara seperti Vietnam sudah berjaya menghasilkan dua vaksin COVID-19 mereka. Apakah Malaysia tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sendiri vaksin COVID-19?” katanya, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perjanjian ditandatangani Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) bagi membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Perjanjian itu adalah usaha pihak swasta untuk menyokong pihak kerajaan bagi mendapatkan dos vaksin bagi melancarkan lagi program vaksinasi COVID-19 kebangsaan tahun ini.

Melaluinya, syarikat tempatan akan memulakan pengeluaran vaksin Sinovac dan Sputnik V melalui kaedah ‘fill and finish’ di fasiliti masing-masing tahun ini.

Pada masa sama, Amrahi berkata, ia adalah satu tindakan terpuji demi kebaikan rakyat dan negara di mana kemajuan industri tempatan itu perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.

Beliau berkata, ekosistem halal yang mampan di Malaysia adalah kekuatan yang paling utama di mana kerjasama strategik dengan syarikat antarabangsa seperti yang dilakukan syarikat ini membuka ruang untuk peluang pekerjaan baru di sektor berkenaan.

“Ini penting untuk pemulihan ekonomi yang berlaku akibat pandemik COVID-19 ini. Kita perlu melihat perkembangan industri ini selari dengan kemajuan industri peralatan perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka dan sarung tangan yang bertaraf dunia.

“Kita mengharapkan supaya syarikat ini mengambil inisiatif untuk menerajui pembuatan vaksin halal dalam pasaran dalaman dan pasaran global.

Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/780621/malaysia-perlu-ada-program-pengeluaran-vaksin-covid-19-sendiri

COMMENTS