[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Polis sahkan pemandu Persona tunjuk gari adalah anggotanya sendiri proton persona persona proton persona 2021 persona 2021 persona 5[/bg_collapse]
Pemandu kereta yang menunjukkan gari kepada pemandu lain susulan salah faham, disahkan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, individu terbabit merupakan anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di IPD itu.
“Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal. Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya kepada FMT.
Baru-baru ini, rakaman kamera dari sebuah kenderaan yang bergerak di lorong kanan sepanjang Jalan Tun Razak tular di media sosial.
Ia menunjukkan sebuah kenderaan enggan memberi laluan kepada kenderaan lain yang cuba menukar laluan dari lorong kiri.
Pemandu kereta kedua kemudiannya menurunkan cermin tingkap dan menayangkan gari.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, polis merakamkan kenyataan daripada enam individu berhubung kes itu.
“Kita sedang menyiapkan siasatan,” katanya.
Berita Lain:
Alieff Irfan sebak menangis bila tahu isteri pregnant, pernah ada dm “isteri mandul ke”?
Ini sebab mengapa penduduk Rotterdam nak baling telur busuk dekat kapal layar Jeff Bezos
Baru usia 18 tahun, founder produk ini beli Alphard cash! Siap longgok duit atas meja…