Polis tahan penyanyi nasyid terlibat dengan dadah

Polis tahan penyanyi nasyid terlibat dengan dadah v penyanyi penyanyi joy penyanyi penyanyi lelaki malaysia penyanyi nora ariffin penyanyi wanita malaysia penyanyi elyana penyanyi safura jb penyanyi penyanyi aishah

Polis tahan penyanyi nasyid terlibat dengan dadah.Seorang penyanyi bekas sebuah kumpulan nasyid dan juga komposer ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis ganja di kediamannya semalam.

Artis lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

“Dalam serbuan itu, sepasukan anggota polis menemui dan merampas pokok ganja yang ditanam dan suspek juga didapati memiliki dadah jenis ganja.

“Suspek direman pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di sini, pagi tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui motif sebenar artis yang pernah berkolaborasi dengan artis lain dalam beberapa lagu memiliki dadah.

Polis tahan penyanyi nasyid terlibat dengan dadah v penyanyi penyanyi joy penyanyi penyanyi lelaki malaysia penyanyi nora ariffin penyanyi wanita malaysia penyanyi elyana penyanyi safura jb penyanyi penyanyi aishah

TONTON :

BACA:

Selepas dihanyut banjir, Ebby Yus bangkit bina rumah baru

Rakyat tidak wajib lagi pakai pelitup muka bermula 29 Mac

Hasrat TMJ tukar rumput baharu ada kaitan dengan kekalahan JDT?

COMMENTS

Wordpress (0)