Polis tingkatkan keselamatan ketika Liga Super, ini punca rupanya..

Polis tingkatkan keselamatan ketika Liga Super, ini punca rupanya.. Polis Johor akan menambah kekuatan pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di sini, terkawal.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia sebagai persediaan menghadapi perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Sabah FC, di stadium itu, esok.

Menurut beliau, peningkatan kawalan juga sempena Majlis Sambutan ‘Triple Hattrick’ JDT selepas kejayaan menjulang Piala Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Polis tingkatkan keselamatan ketika Liga Super, ini punca rupanya..

“Kami juga memohon kerjasama supaya semua pengunjung mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Esok, JDT bakal menentang Sabah FC dalam perlawanan akhir Liga Super sebelum mengadakan sambutan atas kejayaan kelab itu yang mencatat sejarah tersendiri kerana berjaya merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan, berturut-turut.

Kamarul Zaman berkata, anggota trafik juga akan ditempatkan di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang penganjuran program berkenaan.

“Orang awam diminta untuk tidak meletakkan kenderaan di tempat yang boleh menghalang laluan kenderaan khususnya apabila berlaku kecemasan.

“Polis tidak akan berkompromi, bertolak ansur atau teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang,” katanya.

BACA:

‘Jackpot’, pasangan ini tiba-tiba terima RM49.2 juta dalam akaun

‘Slowly but surely’, Puteri Sarah tak diam selagi Ira Kazar tak ditangkap

‘Tak nak ulas amang seksual ke?’ Baby Shima persoal PU dan Ustazah Selebriti..

+ posts