Pondan bersubahat, sembunyikan Long Tiger

Pondan bersubahat, sembunyikan Long Tiger

Lelaki Rohingya dikenali Long Tiger yang ditahan hari ini menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini.

Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang tadi, Long Tiger atau nama Abdul Hamim Ab Hamid, 33, sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung, namun tergelincir jatuh di lantai dapur.

Menurut sumber, polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

BACA JUGA : [Video] Langgar lampu merah, rider terbang dilanggar Honda

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit, namun penghuninya enggan membuka pintu. Ketika itu, Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.

Long Tiger lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak
Polis ketat kawalan sempadan elak Long Tiger bolos
Polis dapat maklumat Long Tiger di Melaka
Peguam Long Tiger tarik diri

“Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung, namun dia tergelincir dan terjatuh,” katanya.

BACA JUGA : Remaja maut digilis kereta api ketika tidur di landasan

Sumber berkata, akibatnya Long Tiger mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan kerana terjatuh daripada bumbung rumah terbabit.

“Selain Long Tiger, polis turut menahan penghuni rumah terbabit yang juga seorang pondan berusia 40-an kerana didapati cuba melindungi lelaki berkenaan,” katanya.

Long Tiger pada 15 Disember lalu jam 11.55 pagi meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

COMMENTS