Porsche Akan Buka Kilang Pemasangan Di Malaysia

Porsche Akan Buka Kilang Pemasangan Di Malaysia

Menurut laporan daripada The Edge, Porsche akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, sebuah subsidiari di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd

Memetik sumber yang arif dengan isu tersebut, “terdapat beberapa pelaburan besar yang masuk ke dalam sektor automotif Malaysia, namun pihak kerajaan masih lagi belum mahu mengisytiharkan perkara tersebut disebabkan wabak pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pengumuman tersebut perlu dibuat bersama, mereka merupakan nama besar di dalam industri, dan kerajaan tidak seharusnya membuat sidang media dan mengumumkan pelaburan tersebut bersendirian,” ujar sumber itu.

Menurut satu lagi sumber, Porscshe akan menjadikan Malaysia sebagai hab rantau Asean, di mana insentif untuk pelaburan besar tersebut telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sehubungan dengan itu, Inokom akan membangunkan sebuah kilang baharu yang khusus untuk Porsche di Kulim, tambah sumber itu lagi.

Ketika ditanya berkenaan hal spekulasi tersebut, wakil Porsche Christian Weiss menjelaskan, “Asean merupakan sebuah rantau yang mempunyai masa depan yang cerah serta potensi yang hebat, kami akan berterusan meneroka pilihan yang ada untuk pertumbuhan selanjutnya di pasaran ini.

Sementara itu, wakil Sime Darby Motors menjelaskan mereka menyambut baik mana-mana pihak yang mahu menjalinkan kerjasama yang mampu menambah nilai terhadap pelan perniagaan strategik.

Jika benar, berita ini bakal menjadi satu pendorong yang diperlukan untuk menaikkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk sektor automotif di rantau ini.

Tatkala negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sudah pun memacu jauh ke depan, Malaysia dilihat masih lagi belum memutuskan langkah dan polisi yang perlu diambil di dalam kenderaan elektrik (EV).

Menurut pemain industri, pengumuman insentif di dalam industri automotif yang ditawarkan oleh kedua-dua negara itu adalah amat jelas untuk menarik minat pelabur.

Di dalam perlumbaan memperkasakan industri kenderaan elektrik, Malaysia tidak seharusnya ketinggalan di belakang negara-negara jiran, apatah lagi Dasar Automotif Negara 2020 yang dibentangkan sebelum ini tidak menyebut secara spesifik EV sebagai salah satu sektor yang penting.

Sebaliknya, EV diletakkan sekali bersama-sama kenderaan cekap tenaga (EEV) sebagai hibrid dan kenderaan tenaga baharu dibawah kategori Kenderaan Generasi Berikutnya (NxGV).

Selain daripada itu, keputusan kerajaan untuk tidak memberikan insentif khusus di dalam pelaburan automotif turut dikritik oleh banyak pihak, di mana mereka sukar untuk meyakinkan prinsipal untuk melabur di Malaysia tanpa kehadiran insentif tersebut.

Selain dari melaporkan bahawa Kilang Pemasangan Porsche di Kedah itu sudah bermula penyediaannya.. Portal Careta juga melaporkan bahawa sebuah syarikat bateri EV dari Korea sudah mengumumkan akan membina kilang di Sabah dengan pelaburan sebanyak RM2.3 billion.
Berikut adalah laporan mengenai proses penyediaan kilang yang sudah bermula itu..

Anak syarikat Sime Darby, Inokom nampaknya sudah memulakan proses menyiapkan bangunan dan kelengkapan bagi kilang pemasangan Porsche di Kulim, Kedah.

 

Menurut sumber Careta, kilang pertama Porsche di luar negara Jerman itu akan menggunakan kilang lama Bermaz (Mazda) di kompleks kilang pemasangan kenderaan Inokom.

 

“Bermaz telah berpindah ke bangunan baharu dan bangunan lama itu sedang diubahsuai untuk menjadi pusat pemasangan Porsche.”

 

Careta juga diberitahu proses pemasangan alat-alat dan kelengkapan sedang giat dilakukan dan ia dijangka mampu beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2022.

 

Tidak seperti BMW yang juga memasang kenderaan mereka di situ, unit pemasangan Porsche ini tidak akan bersambung dengan kilang pemasangan utama.

 

“Operasi Porsche tidak akan berkongsi fasiliti dengan mana-mana projek lain,” terang sumber Careta.

 

Seorang lagi sumber industri memberitahu bahawa operasi Porsche akan sama seperti BMW, di mana komponen-komponen utama sudah yang datang sudah siap dipasang dan kepingan komponen badan kereta sudah pun tercat dari negara pengeluar.

 

“Cuma pemasangan minimal diperlukan,” sambungnya.

 

Proses pemasangan “SKD” adalah terma tidak rasmi yang digunakan oleh pemain industri untuk proses-proses CKD yang menggunakan komponen dan tenaga tempatan yang paling minimum.

 

Namun begitu, kadar insentif yang diterima juga tidak akan menjadi setinggi mereka yang menggunakan komponen dan tenaga tempatan yang tinggi.

 

Laporan Wapcar pula berkata model pertama yang akan dipasang di Malaysia ialah SUV mewah Cayenne, yang sekarang ini dijual dengan harga bermula dari RM680,000.

 

Porsche juga menimbang untuk memasang model EV mereka, Taycan di Kulim sekiranya insentif yang diberikan oleh kerajaan cukup untuk menarik perhatian mereka.

Sumber:DSD

COMMENTS