‘Prank’ tarik tudung wanita sudah jadi kes polis

‘Prank’ tarik tudung wanita sudah jadi kes polis

‘Prank’ tarik tudung wanita sudah jadi kes polis. Polis telah menerima laporan berkaitan video ‘prank’ tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, seorang lelaki yang memuat naik video itu telah tampil membuat laporan polis pada Isnin.

“Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ashari berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan daripada dua wanita berkenaan.

“Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu,” katanya.

'Prank' tarik tudung wanita sudah jadi kes polis

Pada Isnin, lelaki itu telah memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran YouTubenya.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di YouTube pada Isnin, tidak lama selepas mencetuskan kontroversi.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu.

Menerusi video terdahulu, lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen dan turut memberitahu dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.

BACA:

Jabatan Agama Terengganu siasat video kumpulan lelaki peluk pelayan wanita

Mat Kilau dan 35mm boleh laku sedang filem lain tak laku, ini mungkin sebabnya

Mat Kilau jauh meninggalkan Munafik 2, berada diatas carta