PRN Melaka : Sah Pas bertembung tujuh kerusi dengan Umno

PRN Melaka : Sah Pas bertembung tujuh kerusi dengan Umno

Pas dilihat akan berebut tujuh kerusi dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pas meletakkan calon bertanding di Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau.

Walaupun bersama-sama Umno dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 September 2019, Pas memilih untuk membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu pada PRN Melaka.

Keputusan Pas meletakkan calon di DUN yang juga ditandingi Umno itu sekali gus akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan Pakatan Harapan (PH).

Tujuh calon PN dari Pas yang akan bertanding dalam PRN Melaka sekaligus ‘memerangi’ Umno-BN ialah:

1. N.01 Kuala Linggi – Aziah Mohd Sa’ad
2. N.05 Taboh Naning – Abu Hashim Abdul Samad
3. N.09 Durian Tunggal – Ja’afar Othman
4. N.17 Bukit Katil – Muhammad Al Afiz Yahya
5. N.21 Duyong – Datuk Kamarudin Sedik
6. N.26 Serkam – Ahmad Bilal Rahaudin
7. N.27 Merlimau – Abd Alim Shapie

Hanya di kawasan N.14 Kelebang, calon Pas, Bakri Jamaluddin akan menentang calon MCA.

COMMENTS