PU Azman kelihatan cengkung lepas sebulan menghilang

PU Azman kelihatan cengkung lepas sebulan menghilang. HAMPIR sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.

Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan.

“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Kehilangan Pu Azman atau Cik Man jadi tanda tanya pengikut setianya.

PU Azman kelihatan cengkung lepas sebulan menghilang

Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendakwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu.

Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.

“Lama tak nampak… lesu nampak muka Cik Man.

“Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM.

“Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi,” antara komen netizen.

PU IG

Peminat meninggalkan komen teruja melihat Cik Man kembali aktif di Instagram.

Sebelum ini juara program Pencetus Ummah musim kedua itu dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksual.

Sejak kes itu menjadi perhatian ramai, netizen mula menyerang Instagram miliknya bagi mendapatkan kepastian adakah dia individu yang dimaksudkan.

Malah peminat turut tertanya-tanya mana menghilangnya PU Azman selepas dia juga tidak muncul menerusi segmen agama di Suria FM yang seterusnya menguatkan lagi khabar angin berkenaan.

BACA:

Syarikat baru 2 tahun, dapat job meriam askar RM854 juta rupanya syarikat geng…

Ini 5 situasi panas bakal berlaku dalam Bajet 2023

Zahid ‘sah’kan PRU15 tahun ini, siapa Zahid nak tentukan?

+ posts