‘Pulangkan semula peranti siswa’, jangan jual, ada yang lebih memerlukan – Syed Saddiq

‘Pulangkan semula peranti siswa’, jangan jual, ada yang lebih memerlukan – Syed Saddiq. Tular di media sosial tindakan seorang pelajar menjual Peranti Siswa yang diperolehi selepas dirinya telah pun mempunyai gajet yang lebih mahal dan menerima kecaman netizen kerana alasan yang dikatakan tidak munasabah.

Jual secara ‘online’

Difahamkan pelajar itu membuat jualan gajet yang diperoleh dari bantuan kerajaan menerusi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia secara atas talian di sebuah laman web namun hasil tinjauan orang ramai mendapati iklan tersebut telah dipadam.

Bukan itu saja, turut ada juga pelajar lain yang sanggup untuk menjual Peranti Siswa semata-mata untuk tukar gajet kepada yang lebih canggih dengan alasan untuk kegunaan belajar.

Perkongsian itu menjadi topik hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar tersebut dengan mengatakan dia seorang yang tidak bersyukur.

'Pulangkan semula peranti siswa', jangan jual, ada yang lebih memerlukan - Syed Saddiq

Komen netizen

‘Pulangkan jika tidak lagi memerlukan’

Isu yang tular sejak awal minggu ini turut mendapat perhatian dari YB Syed Saddiq yang menegaskan bahawa tindakan tersebut sangat tidak berintegriti kerana ada pelajar lain yang lebih memerlukan bantuan gajet berkenaan.

“Janganlah jual. Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya. 1/3 pelajar di Malaysia tiada gajet. 1/2 pelajar di Sabah dan Sarawak pun tiada.”

Malah, ujar beliau dalam satu hantaran di Twitter mengatakan bahawa sekiranya tidak lagi mahukan Peranti Siswa atau berkemampuan untuk mendapat gajet yang lebih canggih, pelajar boleh untuk pulangkan semula agar dapat beri peluang kepada mereka yang lebih memerlukan.

BACA:

RM460 juta harta pusaka tidak dituntut di AmanahRaya

Mahu jual perantisiswa sebab nak beli iPad pelajar dikecam tiada integriti

Bermodalkan RM100 siapapun boleh milik MYVi baru, ini caranya..

+ posts