Punca sebenar lelaki pakai jam sebelah kiri

Punca sebenar lelaki pakai jam sebelah kiri

Jam tangan umpama aksesori wajib untuk kita ada. Golongan lelaki jika tidak memakai jam, seperti tidak lengkap gaya dan penampilan korang.

Kalau korang perasan, pemakaian jam selalunya pada tangan yang tidak dominan. Orang yang kidal cenderung pakai jam pada tangan kanan. Jika tidak, jam biasanya dipakai pada tangan kiri. Namun, ramai juga yang memakai sahaja jam di mana-mana tangan, asalkan selesa kan.

Tapi, kalau korang nak tahu, memetik jurnal di dalam timeconcept.com, kita boleh mengenali personaliti seseorang dengan melihat jam tangan yang dipakai di tangan kanan atau kirinya. Jom semak ada persamaan dengan korang atau tak.

a) Tangan kanan dengan jam menghadap ke atas. Seorang yang spontan dan jujur. Bersemangat tinggi dan ceria. Mereka bergaya, dan mudah bergaul dengan sesiapa.

b) Tangan kanan dengan jam menghadap ke bawah. Seorang yang mempunyai perwatakan cenderung ke arah emosional. Sempurna dalam menepati masa. Orang biasa dan boleh dipercayai.

c) Tangan kiri dengan jam menghadap ke atas. Seorang yang easy going, bersikap tidak peduli, mengambil masa dalam melakukan sesuatu dan less perfectionist. Tapi secara amnya, indvidu tersebut praktikal dan berfikiran simple ya!

d) Tangan kiri dengan jam menghadap ke bawah. Seorang yang bertanggungjawab tetapi mudah tersinggung. Berfikir secara cepat dan logik, walau kadang-kala tidak mudah.

Sumber:https://siakapkeli.my/2020/11/27/lelaki-pakai-jam-di-tangan-kanan-sebenarnya-bawa-maksud-tertentu/

COMMENTS