Putin ramal bakal ada Hiroshima 2.0

Putin ramal bakal ada Hiroshima 2.0. Perikatan pertahanan NATO telah mula membuka suara mengenai potensi perang dengan senjata nuklear Rusia. Agensi pertahanan yang dianggotai oleh beberapa negara eropah berkata mereka akan terus berjaga-jaga dan meneruskan latihan bagi menyediakan diri dengan jika perang nuklear berlaku.

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata beliau masih memantau pergerakan Moscow, yang dikhuatiri berisiko. Tambah-tambah selepas kegagalan tentera pimpinan Presiden Vladimir Putin di beberapa wilayah di Ukraine sehingga. Kegagalan ini merisaukan kerana bila-bila masa sahaja Putin boleh menggunakan senjata nuklear.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertegas dan menjelaskan bahawa NATO berada di sana untuk melindungi dan mempertahankan semua sekutu… Ia akan menghantar isyarat yang sangat salah jika kita tiba-tiba membatalkan latihan rutin yang telah lama dirancang kerana perang di Ukraine.

Kenyataan Stoltenberg merujuk kepada latihan ‘Steadfast Noon’ yang berlangsung setiap tahun, di mana tentera udara NATO mengamalkan penggunaan bom nuklear dengan latihan penerbangan.

“Ini adalah satu latihan untuk memastikan penghalang nuklear kami kekal selamat, terjamin dan berkesan.”

Putin ramal bakal ada Hiroshima 2.0

Stoltenberg juga menambah bahawa menggunakan kekuatan tentera NATO adalah cara terbaik untuk mencegah apa-apa isu dengan Rusia, yang sebelum ini telah membuat ancaman bakal menggunakan senjata nuklear di Ukraine.

Awal minggu lalu, Putin berkata Rusia akan menggunakan “semua cara yang ada” untuk mempertahankan wilayahnya di Ukraine. Malah beliau berkata Amerika Syarikat (AS) pernah melakukannya hal yang sama sebelum ini dengan pengeboman atom di Hiroshima.

Ancaman berkaitan serangan nuklear Rusia kemudiannya dijawab oleh Presiden AS Joe Biden. Dalam kenyataannya, Biden berkata jika ancaman Rusia benar-benar berlaku, Armageddon atau ‘apocalypse of fire’ juga akan direalisasikan.

“Saya tidak fikir ada perkara seperti keupayaan untuk (menggunakan) senjata nuklear taktikal dengan mudah dan tidak berakhir dengan Armageddon,” katanya.

Untuk rekod, perang Rusia-Ukraine kini sudah berlangsung selama lebih 200 hari. Kebanyakan kerosakan setakat ini banyak terjadi di Ukraine, manakala Rusia pula telah dikenakan sekatan ekonomi oleh negara-negara luar.

BACA:

Hujan lebat tidak berhenti, UIA banjir

Ramai ibu bapa kecewa anak tak sempat makan sebelum ke sekolah petang, ini puncanya

Anak orang asli pertama genggam ijazah kelas pertama Universiti di UK

+ posts