PUTRA sedia terima 4 adun ‘katak’ Umno

PUTRA sedia terima 4 adun ‘katak’ Umno

Kem bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ditawarkan ruang perbincangan dengan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) seandainya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan gagal mendapat tempat atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, tawaran itu juga terbuka kepada ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kini sudah disahkan tidak mendapat tempat di dalam PH.

Terdahulu, Majlis Presiden PH memaklumkan Norhizam tidak akan menjadi calon PH pada PRN nanti selepas menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara tersebut.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu hanya memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu “nanti”.

Majlis Presiden PH memaklumkan Norhizam tidak akan menjadi calon PH pada PRN nanti selepas menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara tersebut.

Norhizam sebelum ini bersama tiga lagi bekas ADUN menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

COMMENTS