Ramai gelak tengok babak Ummi Nazeera sebagai banduan jaga anak, rupanya dibenarkan

Ramai gelak tengok babak Ummi Nazeera sebagai banduan jaga anak, rupanya dibenarkan

Ramai gelak tengok babak Ummi Nazeera sebagai banduan jaga anak, rupanya dibenarkan. Sejak kebelakangan ini, lakonan penuh emosi Ummie Nazeera dalam drama ‘Rindu Kasih’ yang disiarkan di TV3 menjadi bualan hangat warganet.

Mereka antaranya meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan aktres berbakat besar ini membawa watak yang sarat dengan emosi.

Dalam drama berkenaan, ada diselitkan babak Ummi Nazeera mengandung dan melahirkan anak di dalam penjara.

Bahkan dia juga dibolehkan menjaga anaknya yang baru lahir itu. Ramai tertanya-tanya, adakah memang benar banduan dibenarkan membesarkan anak di dalam penjara?

Betul ke banduan boleh jaga anak dalam penjara?

Ramai gelak tengok babak Ummi Nazeera sebagai banduan jaga anak, rupanya dibenarkan

Seperti perkongsian seorang pegawai penjara, sememangnya terdapat SOP yang membenarkan bayi yang lahir di dalam penjara untuk berada di bawah jagaan ibu masing-masing sehinggalah umur mereka mencecah 3 tahun.

@acikmira_official Sekarang ni emosi rakyat malaysia xstabil gara2 #rindukasih #rindukasihepisode12 #fypシ #uminazeera #rindukasihepisode10 #rindukasihepisode8 ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Ia juga bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana banduan wanita memang dibenarkan untuk membesarkan anak mereka ketika menjalani tempoh tahanan.

Video penjelasan tersebut ada dimuat naik di TikTok Sinar Harian, yang menemubual Penolong Penguasa Penjara, Naterah Abdullah.

“Di Penjara Wanita Kajang, kita menempatkan banduan-banduan yang dalam pelbagai jenis kesalahan. Daripada sekecil kesalahan sehingga kesalahan yang besar.

“Contohnya mencuri dalam bangunan, mencuri susu dan sebagainya. Ada yang sebesar-besar kes melibatkan bunuh dan pengedaran dadah,” katanya.

“Selain daripada banduan yang biasa menjalani hukuman, ada juga banduan yang mengandung, yang melahirkan anak di dalam penjara.

“Di sini, Penjara Wanita Kajang memberikan rawatan yang khusus kepada ibu mengandung dan penjagaan anak. Dari segi penjagaan anak, banduan dibenarkan menjaga anak sehingga berusia tiga tahun.

“Selepas usia tiga tahun, anak akan diserahkan kepada ahli keluarga ataupun waris terdekat. Sekiranya tiada waris terdekat, akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun pihak kedutaan bagi negara berkenaan,” tambahnya lagi.

Naterah berkata, walaupun ibu ditahan di dalam penjara, anak yang dibesarkan di luar masih boleh bertemu dengan keluarga atau ibu di dalam penjara secara bersemuka yang diaturkan oleh pihak penjara bersama penjaga.

@sinarharianonline Ini fakta yang mungkin anda tidak tahu… #fyp #TrendingNewsMalaysia #TikTokNews #PenjaraWanitaKajang #Penjara #Banduan ♬ original sound – Sinar Harian

BACA:

Van pecut laju lepas diarah berhenti, rupanya ini disembunyikan

Ini 8 model baru dan facelift kereta bakal berada di pasaran 2023

Usaha kekang penyebaran berita palsu, kandungan provokatif disambut baik