Ramai puas hati tengok akak kaunter airport sound penumpang biadab

Ramai puas hati tengok akak kaunter airport sound penumpang biadab. Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang staf di lapangan terbang meninggikan suara kepada seorang penumpang pesawat yang dilihat bertindak biadap.

Staf marah penumpang
Menerusi video yang dikongsi oleh TikTok milik seorang pengguna dikenali sebagai @yanaothmann, dapat dilihat yang penumpang tersebut cuba bertindak kasar dengan menolak cermin di kaunter sehingga pecah dan terkena ke staf yang bertugas.

Disebabkan itu, seorang staf yang berada di situ telah tampil dan dengan tegas menegur tindakan biadap penumpang yang mengamuk tidak tentu pasal.

Amuk hingga datangkan kecederaan
Dalam satu ciapan yang dibuat oleh seorang lelaki dikenali sebagai @mfaizhasni di Twitter, dia menyatakan bahawa staf tersebut mengalami kecederaan di kepala.

Katanya staf sampai berdarah
Ujarnya lagi, ramai yang ada di tempat kejadian namun tidak merakam kejadian sebenar kerana penumpang tersebut sememangnya cukup mencabar kesabaran staf yang bertugas.

Ramai puas hati tengok akak kaunter airport sound penumpang biadab

Pengguna Twitter itu turut mengatakan, dia sendiri ada gambar kesan darah di kepala staf yang tercedera disebabkan sikap penumpang luar negara itu.

Terus perangai penumpang macam tu
Menerusi perkongsian semula video terbabit oleh seorang pengguna Twitter, ramai yang meninggalkan komen mengecam tindakan penumpang yang biadap itu.

Adab tu dekat mana
Rata-rata mengatakan yang tindakan penumpang terbabit tidak wajar lebih-lebih lagi apabila melakukan kecederaan fizikal kepada staf yang bertugas.

Dalam pada itu, mereka bersetuju dengan tindakan staf yang memberi amaran tegas kepada penumpang tersebut selepas dia melakukan kecederaan kepada staf di kaunter itu.

Tindakan leader yang betul

Memang ada yang jenis cakap sekali tak faham

Tak semua ‘customer always right’

Minah karen ni

Mengamuk sampai pecahkan cermin dah kenapa

Walau bagaimanapun, hal sebenar tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun, pengguna Twitter berkenaan ada mengatakan yang staf terbabit sudah membuat laporan polis berhubung tindakan kasar penumpang yang melakukan kekerasan di kaunter lapangan terbang.

@yanaothmannn Korg Rasa Kalau dah begini sikap mcm xde adab? Masih boleh tahan ker? #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #pramugarimalaysia ♬ original sound – yanaothman

BACA:

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Kenaikan gaji bagi penjawat awam bermula 1 Januari

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

+ posts