Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino

Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino

Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino. Bukan satu tapi dua, ramai sangka “mat saleh”. Ibu bahagia anak dilahirkan albino membesar sihat. Kelahiran anak pasti membahagiakan ibu bapa. Cantuman kasih sayang suami isteri, lahirlah anak penyejuk mata dan hati. Pastinya, setiap ibu bapa inginkan kelahiran anak yang normal dan membesar penuh sihat.

Satu perkongsian dari seorang ibu yang mempunyai dua anak “mat saleh” seperti yang selalu ditanya oleh orang ramai menjadi tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun Tik Toknya @eyda_razak sudah ditonton lebih 1.1 juta orang.

Ini kerana dari perkongsiannya, Eyqa atau Atika memaklumkan Allah mengurniakannya dua anak comel berambut perang, warna mata kelabu keperangan, berkulit cerah seolah “anak mat saleh” namun sebenarnya ia disebut sebagai albino.

Ternyata kecomelan dua anaknya menjadi tumpuan ramai ibu-ibu yang berasa kagum dengan kecomelan dua beradik ini. Ini kerana keduanya kelihatan seperti anak-anak “mat saleh” dengan rambut keperangan mereka selain memiliki mata yang cantik.

Di videonya, Atika memaklumkan pada usia anak sulungnya, Aisyah Amani dua tahun, anaknya itu sangat menyayangi dan menyenangi kanak-kanak lain dan sudah tertulis rezeki Allah padanya, tidak lama kemudian dirinya mengandung anak kedua.

Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino

Awalnya, dia menyangka hanya anak sulungnya itu albino, namun rezeki Allah, anak keduanya, Arissa Amanda kini 9 bulan juga bergenetik sama hingga dirinya mempunyai dua puteri cantik.

Ditanya oleh ibu-ibu yang melihat videonya adakah keluarga mereka mempunyai genetik begini, ibu kepada dua puteri ini memaklumkan jika diikutkan belah keturunannya belum siapa ada mempunyai genetik albino.

“Namun belah suami, Mohd Akmaludin Mohd Noh belum dikaji nenek moyangnya. Tapi rasanya memang tak ada genetik albino,” katanya yang mengakui redha dan bahagia direzekikan anak yang sihat membesar tanpa sebarang masalah.

Bukan Satu Tapi Dua, Ramai Sangka “Mat Saleh”. Ibu Bahagia Anak Dilahirkan Albino Membesar Sihat
Manis dan cantik wajah anak sulungnya,Aisyah Amani

Bagaimana kelahiran genetik Albino terjadi?
Satu yang harus ibu-ibu belajar, jangka hayat individu albino adalah sama seperti mereka dilahirkan normal.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Unit Dermatologi dan Pakar Perunding Dermatologi dan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Adawiyah Jamil memaklumkan, albino berpunca daripada struktur genetik tidak normal yang menyebabkan sel-sel melanosit tidak dapat menghasilkan pigmen atau warna seperti biasa.

Selain di kulit, sel-sel melanosit juga terdapat pada bahagian mata, selaput otak dan telinga tengah.

“Albino diwarisi secara ‘autosomal recessive’. Seseorang yang membawa gen ini atau digelar sebagai pembawa, tidak mempunyai apa-apa tanda penyakit sama sekali.

“Jika pembawa itu mempunyai anak dengan pasangan yang normal, anak juga mempunyai 50 peratus kebarangkalian menjadi pembawa.

“Anak yang kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, mempunyai 25 peratus kemungkinan mendapat albino, 50 peratus kemungkinan menjadi pembawa dan 25 peratus kemungkinan mempunyai genetik normal,” katanya. Gambar : IG:- eyqarazak_

@eyqa_razakAnak awak ke? Nak tahu saya jawab apa? Next video.. InsyaAllah♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

BACA:

Tuduh madrasah dera anak, ibu didakwa buat laporan palsu

Muhyiddin dedah ekonomi Malaysia sebenarnya kurang memberangsangkan

Ini kisah disebalik lagu Isabella ciptaan Bob Lokman