Ramai yang tertunggu, ini tarikh bayaran BKM fasa 2. Seperti mana sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan kewangan dari kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19:
BKM mempunyai 4 fasa. Fasa 1 telah diagihkan pada Mac lalu.
Pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan pemberian kewangan sebanyak RM100 sehingga RM400 mengikut pecahan penerima pada hujung bulan Jun 2022.
Kategori Penerima BKM Fasa 2:
Berikut adalah kategori-kategori penerima BKM Fasa 2:
Kategori 1: Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah:
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1- 2: RM300
- Bilangan anak 3 ke atas: RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1- 2: RM100
- Bilangan anak 3 ke atas: RM100
Kategori 2: Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300):
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1- 2: RM300
- Bilangan anak 3 ke atas: RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1- 2: RM100
- Bilangan anak 3 ke atas: RM100
Kategori 3: Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak – Tiada Had Umur:
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1- 2: RM300
- Bilangan anak 3 ke atas: RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1- 2: RM100
- Bilangan anak 3 ke atas: RM100
Kategori 4: Bujang dan Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak – Berumur 60 tahun dan ke atas (Pendapatan RM0 – RM5,000):
- Bayaran BKM Fasa 2: RM150
Cara Pembayaran:
Berikut adalah kaedah-kaedah pembayaran BKM Fasa 2:
Kaedah 1: Kredit ke akaun bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
Kaedah 2: Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
- Pembayaran Fasa 1 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:
- Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
BACA:
Google maps papar gambar aneh, ramai yang seram sejuk tengok
Bantuan B40 miliki rumah sendiri, ramai yang belum tahu
Shuib buat sesuatu dengan warga emas ini ditepi jalan, rupanya ini yang jadi