Rambut terkeluar dari kubur usia 100 tahun buat penduduk terkejut

Rambut terkeluar dari kubur usia 100 tahun buat penduduk terkejut

Rambut terkeluar dari kubur usia 100 tahun buat penduduk terkejut. Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Joel Morrisson telah membuat penemuan yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Joel Morrisson menemui ‘benda’ menyerupai rambut manusia yang kelihatan seakan keluar dari pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, Amerika Syarikat.

Objek menyerupai ‘rambut’ yang ditemuinya itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di atas tanah.

Pada mulanya, Joel tidak pasti sama ada benda itu adalah rambut, namun selepas memeriksanya, dia menyedari bahawa objek itu sememangnya rambut manusia! Malah, rambut itu juga keluar dari kubur yang berusia 100 tahun tersebut.

“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

Rambut terkeluar dari kubur usia 100 tahun buat penduduk terkejut

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

Morrison kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

Beberapa hari kemudiannya, Joel kembali semula ke kawasan kubur berkenaan dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang dari pandangan.

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” katanya.

Joel merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia betul-betul adalah rambut manusia.

@kaitielynnme My brother found this disturbing bit of hair while on an adventure to a cemetery! #tumbleweave #cemetery #corpse #grave #gross #wtf #omg ♬ original sound – Kaitlynn Erbeznik

BACA:

Patah tumbuh hilang berganti, kandungan Nur Hidayah berjaya diselamatkan

“Nasi lemak syurga”, pembeli ini selamba minta kurang harga lauk

“Anak dari neraka” ini saman bapa sebab tanah undang padah