Rider pening macam mana kereta bole masuk jalan motor

Rider pening macam mana kereta bole masuk jalan motor

Rider pening macam mana kereta bole masuk jalan motor. Jika kita lihat di lebuh raya, kebiasaannya jalan bagi motosikal dan kereta akan dibahagikan kepada dua

Jalan tersebut bukanlah satu kawasan yang sama. Hal ini bagi memudahkan lagi untuk penunggang motosikal supaya mereka tidak perlu bersesak-sesak di jalan kereta dan ianya lebih selamat.

Namun, baru-baru ini viral sebuah video menunjukkan sebuah kenderaan memasuki jalan motosikal telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selamba bantai masuk jalan motosikal

Rider pening macam mana kereta bole masuk jalan motor

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok berkongsi situasi di mana sebuah kenderaan tiba-tiba memasuki laluan motosikal.

Kenderaan jenis Honda itu dilihat dengan selamba memandu di dalam kawasan tersebut. Malah, penunggang motosikal Grab dibelakang juga naik hairan melihatnya.

“Biasa bawa motor, harini lupa bawa kereta” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 875.7K views, 52.3K likes dan 203 comments di TikTok.

@adammonn_ abang grab pun dah garu helmet 😂 #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – syashasamsudin – 𝓝𝓢𝓢🔐

BACA:

Kenduri ke kelab malam? Kenduri kahwin ini dikecam ramai

Majikan sedih ber’pisah’ dengan pekerja warga Bangladesh, ini yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan

Tragis pressure cooker meletup, gadis ini melecur