RM 9 juta kos rawatan anak saudara Fattah Amin, “Ada masa 2 bulan lagi”

RM 9 juta kos rawatan anak saudara Fattah Amin, “Ada masa 2 bulan lagi”. Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti popular yang cukup disenangi ramai iaitu Fattah Amin. Fattah merupakan anak sulung mempunyai mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.

Muat naik terkini pelakon terkenal kesayangan ramai, Fattah yang juga merupakan suami kepada Nur Fazura yang juga pelakon mengundang sebak peminat aktor ini di media sosialnya. Dalam pada itu, Fazura juga dilihat turut berkongsi maklumat yang sama di Instastorinya.

Perkongsian ini telah mengundang seb4k wargamaya setelah mengetahui peny4kit anak suadara pelakon ini.

Fattah memuatnaik foto anak saudaranya, Wan Muhammad Naail dengan alat bantuan pernafasan dengan menitipkan doa dipermudahkan urusan dan kesihatan.

Sebelum itu, ibu kepada Nail merupakan adik ke tiga kepada Fattah Amin, Raihan telah memuat naik kenyataan memohon bantuan rawatan buat anak ketiganya itu.

RM 9 juta kos rawatan anak saudara Fattah Amin, "Ada masa 2 bulan lagi"

“MOGA ALLAH BANTU PERMUDAHKAN URUSAN ADIKKU DAN KESIHATAN BABY NAAIL.”

Menurut Raihan, Nail memerlukan rawatan sebelum usia anaknya masuk 6 bulan. Tidak pernah berkongsi mengenai kesihatan anaknya sebelum ini, Raihan memberitahu Nail mempunyai masa hanya dua bulan sahaja.

Katanya, ubat yang paling berkesan untuk merawat anaknya adalah Ubat Zolgensma berharga lebih kurang RM9 juta.

Hati ibu ayah mana yang tidak sebak melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Dia dan suami telah mengambil keputusan untuk memohon sumbangan orang ramai untuk bantuan rawatan anak kesayangannya.

Raihan berharap sumbangan orang ramai dapat meringankan beban keperluan anaknya dan memohon mendoakan kesejahteraan buat anaknya.

“Treatment plan untuk Naail perlu buat sebelum Naail masuk 6 bulan. Ada masa 2 bulan sahaja lagi.”

“UBAT PALING EFEKTIF ADALAH GENE THERAPHY, IAITU UBAT ZOLGENSMA YANG HARGANYA MENCECAH 1.9 MILLION USD LEBIH KURANG RM9 JUTA.”

“Dengan itu, kami ibu ayah adik Naail ingin memohon sedikit bantuan untuk rawatan penyak1t anak kami.”

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ibu Naail:
MAYBANK
512334355235
SITI NORRAIHAN MOHD AMIN

BACA:

Ramai jangka Iman Troye boleh menang Final AJL, ini sebabnya

Boleh pulak dia terkentut, Zarina dan krew tergelak besar dengar alasan Azal

Sajat ada di Malaysia? Netizen dedah bukti ini

+ posts