RoS tolak permohonan pendaftaran Pejuang

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai sebuah parti politik berdaftar pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam parti berkenaan, Mior Nor Haidir Suhaimi.

Mior Nor Haidir berkata, penolakan permohonan tersebut telah diberikan RoS menerusi surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang pada Rabu.

Menurutnya, sehubungan itu pihaknya telah menarik permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran parti tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

“RoS hantar surat lewat petang semalam (Rabu) kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang lebih kurang dalam 5.50 petang. Pejuang dijangka beri kenyataan akhbat pada hari ini (Khamis).

“Pihak RoS telah membuat keputusan menolak permohonan pendaftaran parti Pejuang dan sekarang permohonan ini telah menjadi akademik, jadi kami menarik permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya pada Khamis.

Katanya, pihaknya kini menunggu arahan anak guam untuk tindakan seterusnya.

“Kita menunggu arahan selanjutnya untuk sebarang tindakan selepas ini kerana dalam proses ini, arahan yang ada mungkin untuk merayu kepada Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Terdahulu, permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik berdaftar dijadualkan diperdengarkan di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pada Khamis.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117940/BERITA/Politik/RoS-tolak-permohonan-pendaftaran-Pejuang

COMMENTS