Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di simbah cat

Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di simbah cat. Pagar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon yang terletak di Jalan Anak Bukit, Pantai Johor disimbah dengan cat berwarna biru dan merah pada pagi Isnin.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, cat berkenaan mengotori sebahagian besar papan tanda kediaman tersebut selain pokok hiasan berdekatan.

Malah, lampu kecil ‘spotlight’ yang terdapat berdekatan papan tanda berkenaan yang dipasang pada pintu pagar dan difahamkan baru sahaja ditukar turut terkena tempias cat berkenaan.

Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di simbah cat

Terdapat bungkusan plastik dipercayai digunakan untuk mengisi cat sebelum dilemparkan ke arah pagar di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan dalang di sebalik kejadian tersebut.

Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan memasang pita garisan keselamatan bagi mengelak orang ramai mendekati kawasan terbabit.

Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri.

BACA:

Mula-mula cek ada RM500 je, lagi sekali cek ada RM25,000, ini cara ‘jackpot’ dengan BSN

‘Tapi jangan buka sekarang, saya malu cikgu’

Emak kepada Tokti gelabah termasuk dalam video live, Tokti punya ketawa tarik perhatian netizen

+ posts