Rupanya Captain Syers seorang mualaf, ini yang berlaku terhadap dirinya

Rupanya Captain Syers seorang mualaf, ini yang berlaku terhadap dirinya

Rupanya Captain Syers seorang mualaf, ini yang berlaku terhadap dirinya.Mungkin ramai masih belum mengenali nama Geoff Andre Feyaerts, pelakon yang membawa watak sebagai Captain Syers dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Memulakan karier dalam pementasan teater di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) seawal 2007, Feyaerts yang berasal dari Belgium secara berseloroh tidak menafikan tujuannya berhijrah ke negara ini adalah untuk mencari “perempuan.”

“Saya cari perempuan,” katanya berjenaka.

Feyaerts mendedahkan, dia sememangnya telah jatuh hati pada seorang wanita Melayu dan akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya itu.

“Saya datang ke Malaysia kerana menyertai program angkat antara budaya Malaysia. Ketika itu, lokasi keluarga angkat adalah di Pedas, Negeri Sembilan.

Rupanya Captain Syers seorang mualaf, ini yang berlaku terhadap dirinya

“Saya mengenali isteri dan kami berkahwin di sini. Alhamdulillah, sudah15 tahun saya menetap di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas peluang terlibat dalam filem Mat Kilau, Feyaerts berkata, dia bersyukur, kerana filem itu cuba mengetengahkan mesej yang mengangkat budaya Melayu.

“Masih banyak negara Islam dijajah, justeru saya harap filem dihasilkan anak tempatan seperti Mat Kilau berpeluang ditonton oleh penduduk di Eropah misalnya.

“Saya harap mereka dapat bawa semangat kemelayuan itu hingga ke luar negara,” katanya.

BACA:

“Fasih gila BM dia”, netizen kagum tengok pemuda India ini bersembang

Bekalan minyak masak kurang mungkin kerana berita palsu – Menteri

Keris sebenar milik Mat Kilau akhirnya didedahkan, ini yang berlaku bila dicabut