Rupanya cincin ‘palsu’ ini bernilai RM11.2 Juta

Rupanya cincin ‘palsu’ ini bernilai RM11.2 Juta cincin cincin belah rotan cincin emas cincin emas 916 cincin tunang cara ukur saiz cincin kuih cincin saiz cincin cincin lelaki ukuran cincin

Rupanya cincin ‘palsu’ ini bernilai RM11.2 Juta.Dalam satu jualan car-boot beberapa tahun lalu, seorang wanita telah membeli sebentuk cincin harga murah dan tidak pernah mengetahui nilai sebenarnya kerana menganggap ia adalah sebutir berlian perhiasan tiruan.

Namun ketika sedang mengemas dan membersihkan rumah, wanita ini nyaris membuang cincin tersebut bersama-sama dengan beberapa barang perhiasan lain.

Nasib baik ketika itu, seorang daripada jirannya mencadangkan agar dia membawa cincin tersebut untuk dinilai dan alangkah terkejutnya wanita berusia 70-an ini apabila mengetahui cincin itu sebenarnya sebutir berlian 32 karat bernilai £2 juta atau lebih kurang RM11.2 juta.

Menurut Mark Lane yang merupakan seorang wakil dari firma lelongan Featonby’s di Utara Tyneside, wanita berkenaan datang kepadanya bersama satu beg berisi barang kemas dan berlalu pergi kerana mempunyai janji temu lain.

“Saya nampak batu yang agak besar, lebih besar daripada syiling. Saya fikir ia adalah berlian sintetik (cubic zirconia). Saya biarkan 2-3 hari sebelum menggunakan mesin penguji berlian padanya”.

Rupanya cincin 'palsu' ini bernilai RM11.2 Juta

“Kami kemudian menghantarnya kepada rakan kongsi kami di London sebelum ia disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium bahawa ia adalah 34 karat”.

Wanita yang merupakan pemilik cincin berkenaan sememangnya kerap membeli barangan di jualan car-boot dan mengakui dirinya langsung tidak terfikir bahawa berlian pada cincin itu adalah berlian asli”.Beli Cincin Berlian ‘Palsu’ Di Jualan But Kereta, Wanita Terkejut Mengetahui Cincin Berlian Murah Itu Bernilai RM11.2 Juta Dan Hampir Membuangnya – sajagempak.com

Berlian berkenaan kini disimpan di Hatton Garden di London dan akan dilelong pada hujung bulan November ini.

TONTON :

BACA:

Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula

Tarikh penting KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran

Wanita terkejut jumpa ‘chat’ lucah suami dan anak gadis sendiri, hinggalah ini terjadi..

COMMENTS

Wordpress (0)