Rupanya ini maksud sebenar emoji monyet tutup muka dalam whatsapp

Rupanya ini maksud sebenar emoji monyet tutup muka dalam whatsapp. Memetik sumber Emojipedia, emoji tiga ekor monyet yang ada di dalam senarai emoji WhatsApp bukanlah menunjukkan reaksi malu atau segan. Lebih-lebih lagi pada imej monyet menutup mata dan mulut. Rupanya ada maksud sebenar yang lain di sebalik emoji yang dicipta ini.

Emoji ini difahamkan mempunyai maksud tersirat yang dikaitkan dengan sentimen perkauman.

Emoji monyet tutup mata ini sebenarnya digelar See-No-Evil Monkey. Dalam bahasa Jepun, ia dipanggil Mizaru yang mewakili Three Wise Monkeys dalam peribahasa Jepun.

Terdapat tiga emoji monyet yang sering kita lihat antaranya termasuklah menutup mata, telinga dan mulut yang tersedia pada ruangan emoji.

Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun see no evil, hears no evil, speak no evil yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.

Rupanya ini maksud sebenar emoji monyet tutup muka dalam whatsapp

“Emoji ini selalunya diguna secara santai untuk menyampaikan bahawa ‘saya tidak percaya apa yang saya lihat! atau saya tidak sanggup melihatnya!,” tulis emojipedia.

Emoji ini juga terkadang disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang menyamakan orang kulit hitam dengan monyet. Jadi, emoji ini boleh menimbulkan isu perkauman juga sekiranya digunakan dalam konteks yang salah.

Jadi dengan mengetahui maksud sebenar emoji yang tersedia di permesejan WhatsApp ini, anda perlulah berhati-hati untuk menggunakannya. Ia bukan memberi reaksi malu atau segan, tetapi lebih kepada tidak mahu mendengar melihat dan bercakap mengenai perkara yang jahat.

BACA:

Pelakon wanita burukkan namanya, Ayda Jebat malas nak ambik tahu

Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?

Polis Thailand pergiat usaha kesan ejen kosmetik yang diculik

+ posts