Ryan Bakery dedah pengalaman ‘gila’ muncul dalan Sepahtu Reunion Live. Tentu ramai yang ingin ketahui bagaimanakah perasaan selebriti TikTok Malaysia, Ryan Bakery ini selepas dia dijemput pula ke rancangan lawak popular, Sepahtu Reunion Live baru-baru ini yang dapat bersama-sama rakannya WanChai menghiburkan peminat serta kumpulan lawak terkenal, Sepahtu.
Ryan Bakery di ruangan Instagram peribadinya ternyata ada meluahkan rasa syukur dengan jemputan pihak Sepahtu Reunion Live. “Hari yang luar biasa. Aku diberi peluang berganding dengan Sepahtu Reunion Live. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.” Katanya.
Selain berkongsikan perasaan syukur dengan kehadiran tetamu yang sporting serta penonton yang memberikan sokongan luar biasa, Ryan Bakery ada juga berkongsikan cerita ketika terlibat membuat persembahan di rancangan tersebut yang mencetuskan dirinya juga dapat satu pengalaman yang baru.
Ryan Bakery dalam rakaman sesi live bersama Shuib Sepahtu juga berkata bahawa di rancangan tersebut tidak mempunyai skrip malah dilakukan secara spontan yang sedikit sebanyak memberikannya satu cabaran baru namun dapat juga mengajarnya bermain di pentas.
Pengalaman yang dikongsikan influencer terkenal itu dalam sesi live bersama Shuib Sepahtu bagaimanapun ditinggalkan ratusan reaksi ramai menerusi ruangan komen apabila ada yang turut respek kepadanya yang boleh mengendalikan situasi ketika penonton di studio bersorak.
“Respect dia do. Macam mana dia boleh handle…”
“2 TikToker Malaysia yang femes…”
“Dia raja TikTok”
“Alhamdulillah tak sombong dia ni”
@rizrif95 Ryanbakery cerita pengalaman sepahtu reunion dia semalam dalam live shuib part 4 (5ogos 2022) @ryanbakery @shuibsepahtu @sepahtureunionlive @wanchai_31 #fyp #shuibsepahtu #ryanbakery ♬ original sound – 60 STUDIO
BACA:
Peminat luah hasrat mahu masuk meminang, ini respon padu Amelia Henderson
Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je