Sah!! Umno tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin

Sah!! Umno tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memberi keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta setelah tujuh prasyarat yang diminta dan ditetapkan UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan.

“Tempoh yang UMNO berikan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta. UMNO mendesak agar Perdana Menteri untuk berundur diri secara terhormat bagi melantik pimpinan terbaru.

“Perdana Menteri yang baharu perlu menyelesaikan segera pandemik Covid-19 serta segerakan proses vaksinisasi. Setelah berjaya, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan keseimbangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama MKT UMNO secara maya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/08/umno-tarik-balik-sokongan-terhadap-pn-serta-merta/

COMMENTS