Sajat lari ke Australia, apa nasib ‘anak angkat’ Sajat? Ini penjelasan peguam

Sajat lari ke Australia, apa nasib ‘anak angkat’ Sajat? Ini penjelasan peguam

SOALAN (S): Bagaimanakah kedudukan kanak-kanak yang dipelihara oleh Muhammad Sajjad Kamaruzzaman (Sajat) setelah dia melarikan diri ke Australia?

JAWAPAN(J): Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia dia juga memelihara beberapa orang kanak-kanak yang dipanggilnya ‘anak-anak’. Isu kanak-kanak tersebut perlu juga diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut.

Sebenarnya kita tidak tahu apakah kanak-kanak tersebut telah diambil oleh Muhammad Sajjad melalui Akta Pengangkatan 1952 ataupun tidak. Jika ia dilakukan melalui akta tersebut sudah pasti ada terma dan syarat dalam perintah yang diputuskan oleh mahkamah. Terma dan syarat tersebut perlu dipatuhi. Kesan daripada perintah pengangkatan tersebut, semua obligasi hak dan tanggungjawab ke atas kanak-kanak tersebut berpindah kepada ibu bapa angkat tersebut di mana kebajikan kanak-kanak tersebut adalah faktor yang paling utama.

BACA JUGA : Pondan bersubahat, sembunyikan Long Tiger

Jika Muhammmad Sajjad tidak mempunyai sebarang perintah pengangkatan, dia tidak mempunyai hak untuk memelihara kanak-kanak tersebut mengikut undang-undang.

S: Bolehkah kanak-kanak tersebut ditinggalkan begitu sahaja seperti itu?

J: Dalam isu mengenai jagaan kanak-kanak, kebajikan kanak-kanak itu adalah perkara yang paling penting sekali. Jika kanak-kanak ditinggalkan oleh mana-mana ibu bapa, pasti kebajikan tersebut terhakis dan hal yang demikian tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak tersebut. Memberikan dana kewangan dan tempat tinggal sahaja tidak mencukupi kerana layanan kasih saya ibu bapa juga sangat penting.

BACA JUGA : [Video] Langgar lampu merah, rider terbang dilanggar Honda

Apatah lagi dalam keadaan yang dilaporkan beberapa aset Muhammad Sajjad sudahpun dilelong oleh pihak tertentu. Hal ini boleh menggambarkan tiada jaminan untuk nafkah kanak-kanak tersebut ditiggalkan untuk mereka.

S: Jadi apa yang seharusnya berlaku?

J: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memainkan peranan aktif dalam perkara ini. Mereka perlu menyiasat status kanak-kanak tersebut samada ada perintah pengangkatan ata

upun tidak. Mereka juga perlu membuat penilaian tentang kebajikan kanak-kanak tersebut setelah ditinggalkan Muhammad Sajjad. Jika kebajikan tersebut dihakis, JKM perlu bertindak tegas dan pantas bagi mengelakkan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut.

Begitu juga majlis agama Islam yang berkenaan perlu juga memainkan peranan kerana kanak-kanak tersebut adalah kanak-kanak Islam. Terdapat peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang menyatakan demi kebajikan kanak-kanak tersebut, mereka boleh diletakkan di dalam jagaan mana-mana orang atau badan yang sesuai. Dalam konteks ini suatu perintah dari mahkamah syariah perlu diperolehi terlebih dahulu.

S: Kenapa Muhammad Sajjad tidak membawa kanak-kanak tersebut bersama?

J: ​Soalan ini perlu dijawab sendiri oleh Muhammad Sajjad. Namun isu perundangan yang dihadapi adalah isu beliau sahaja. Ia tidak melibatkan kanak-kanak dalam jagaan beliau.

Kanak-kanak tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang ada demi masa depan mereka. Tidak adil kanak-kanak tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan daripada JKM ataupun majlis agama Islam negeri.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar merupakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

COMMENTS