Sambutan hari lahir meriah terus hambar

Sambutan hari lahir meriah terus hambar

Keseronokan 31 individu termasuk pelajar sekolah menghadiri parti persendirian menyambut hari jadi di sebuah kondominium di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, mengundang padah apabila diserbu polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ke lokasi jam 10.15 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kondominium itu mendapati ramai lelaki dan wanita sedang berehat disyaki menjadikan tempat itu sebagai parti persendirian untuk majlis sambutan hari jadi.

“Mereka terdiri 18 lelaki dan 13 wanita berusia 14 hingga 20 tahun. Mereka dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati 15 individu terdiri sembilan lelaki dan enam wanita positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, daripada jumlah itu, 16 individu masih bawah umur iaitu lapan masih bersekolah, dua pelajar kolej dan enam tidak bersekolah.

“Mereka yang positif dadah dibawa ke ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/649900/seronok-sangat-sambut-birthday

COMMENTS