Saya arah henti tapi tak tahu mereka henti tanam Musang King atau tidak – Sanusi

Saya arah henti tapi tak tahu mereka henti tanam Musang King atau tidak – Sanusi. Kerajaan negeri tidak dapat memastikan sama ada syarikat yang membangunkan ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas, Baling, benar-benar memberhentikan kerja selepas arahan berbuat demikian dikeluarkan pada 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata adalah mustahil baginya mengesahkan syarikat terbabit mematuhi arahan dikeluarkannya ketika itu, kerana tidak boleh berada di kawasan projek terbabit sepanjang masa.

Beliau berkata, arahan supaya syarikat terbabit memberhentikan kerja menanam durian Musang King dibuatnya pada Julai 2020 selepas menerima laporan penduduk Kampung Iboi, Kupang, yang dikatakan terkesan akibat projek berkenaan sejak 2019.

“Saya tak tahu (syarikat berhenti kerja atau tidak), ikut laporan mereka sudah terima arahan henti kerja. Saya tak ada kerja lain kena tunggu (di tapak projek), mereka buat kerja saya kena tahan. Kita keluar arahan sepatutnya (syarikat) patuh.

“Arahan itu dibuat pada 2020 dan kekal lagi, tinjauan udara yang saya buat nampak ada tumbuhan tutup bumi. Cuma di kawasan alur masuk ke sungai tidak ada tumbuhan kerana sudah jadi laluan air,” katanya pada sidang media selepas melancarkan inisiatif Parkir Pintar Kulim di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Saya arah henti tapi tak tahu mereka henti tanam Musang King atau tidak - Sanusi

Sebelum ini, penduduk di Kampung Iboi, Kupang, yang menjadi mangsa bencana banjir dan kepala air mendakwa projek durian Musang King di puncak Gunung Inas, tidak pernah berhenti berikutan kerap melihat pekerja syarikat terbabit berada di kawasan berkenaan.

Semalam, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendedahkan syarikat ECK dibenarkan menanam durian di Gunung Inas ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah antara 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan mula melakukan pemindahan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rezab sungai berisiko bagi mengelak kejadian di Gunung Jerai tahun lalu dan Gunung Inas berulang lagi.

“Untuk mengelak masalah ini berulang pada masa depan, penduduk yang mendirikan rumah di kawasan pinggir sungai seluruh Kedah terutama di kawasan bukit bercuram yang berisiko perlu dipindahkan ke tempat selamat.

“Di seluruh Kedah, terdapat ramai penduduk tinggal di kawasan rezab sungai ini, jika hendak pindah semua akan babit kos berbilion ringgit. Jadi kita pindah mereka yang dilihat paling berisiko dan yang segera adalah di Sungai Sedim kerana pernah berlaku kepala air,” katanya.

BACA:

Influenza boleh sebabkan radang otak, ambillah vaksin

Kak Wan menangis dalam ucapan kenangkan ‘musuh dalam selimut’

Rozita Che Wan sekolahkan netizen kerana kritik anaknya

+ posts