“Saya hamil anak kedua ketika mengandungkan anak pertama, bukan kembar”
Bukan bersalin anak kembar sebaliknya wanita hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama.Keadaan yang jarang sekali berlaku namun ia terjadi.Memang rezeki sungguh boleh hamil, bersalin dan dapat anak serentak.
Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.
Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.
Fenomena ‘Superfetasi’
Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.
“MEREKA SEPERTI PASANGAN KEMBAR TETAPI SEBENARNYA BUKAN. NAMUN RUPA SANGAT MIRIP ANTARA SATU SAMA LAIN.KEBIASAANNYA JIKA ORANG BERTANYA ADAKAH LILO DAN IMELDA KEMBAR, SAYA HANYA MENGIAKAN KERANA ENGGAN MENGELIRUKAN MEREKA,” JELASNYA.
Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.
Tonton:
Berita Lain:
Bomba dalam keadaan berjaga, pintu kunci air Taman Sri Muda pecah!
“Jangan buang resit ATM anda selepas keluarkan duit, ada rahsia belakang kertas tu..”
Tular ibu mengamuk ‘backup’ anak dituduh mencuri, siap buat live FB lagi..