‘Saya hanya penyampai’, kata Noor Hisham

‘Saya hanya penyampai’, kata Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, keputusan membabit pandemik COVID-19 yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan hasil bersama pelbagai pakar di kementerian tersebut.

Menurut beliau, tanggapan yang mendakwa hanya Ketua Pengarah Kesihatan sahaja membuat keputusan berkaitan COVID-19 adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, setiap hari semua pihak yang terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan COVID-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman serta perkongsian dibuat dan diumumkan olehnya.

“Kadang-kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saya saja yang membuat keputusan.

“Pandangan yang saya berikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan orang ramai adalah pandangan daripada KKM.

I am only a messenger (saya hanya penyampai),” katanya dalam sesi taklimat kepada media secara dalam talian pada Isnin.

Beliau berkata, ada ramai orang yang terbabit dalam membuat setiap keputusan dan beliau serta pasukannya menilai dan memahami setiap data serta fakta dikemukakan sebelum ia dipermudah dan dikongsikan bersama-sama pihak media. – AA

COMMENTS