‘Saya tak kisah cikgu nak marah dia ke, nak pukul dia ke tapi bukan di muka atau kepala’

12 April 2023 gambar di ambil.

April hari tu bermulalah Aisya sekolah di tempat baru.Minggu pertama ok, masuk minggu kedua. Dia dah start takut. Termenung je. Bila tanya dia jawab dia takut. Ada sorang cikgu ni garang selalu pukul murid.

Saya jawab, biasa la cikgu. Nak bagi Anak murid pandai memang kena garang. Esoknya balik sekolah dia mengadu, cikgu ketuk kepala dia dengan buku. Boleh x dia x nak pergi sekolah time cikgu tu ajar?? Saya dah mula rasa x sedap hati. Tapi tetap positive.

'Saya tak kisah cikgu nak marah dia ke, nak pukul dia ke tapi bukan di muka atau kepala'

Ala cikgu buat sikit je nak bagi kakak pandai. Dia kan x pernah pergi sekolah. Jadi slow la sikit, tambahan pula traumanya baru nak pulih.

Esoknya dari jauh nampak dia menangis teresak² dengan muka merah. Masuk kereta terus dia cakap, tengok kakak dah cakap cikgu garang, cikgu lempang muka kakak sampai sakit gigi kakak mama..

Call husband terus bawa pergi klinik. Doktor check maybe sebab kena tampar kuat, sengal ke gigi sampai demam la. Doktor buat surat refer ke hospital.

Keesokkan hari, sekolah call suruh datang sebab aisya menangis. Sampai pejabat tengok aisya dalam ketakutan. Saya yang time tu x cukup tido sebab Airis demam. Teremosi la sikit.

Saya bagitahu dekat guru besar, pk hem apa yang saya lalui untuk pulihkan aisya. 3 tahun bukan satu jangka masa yang singkat.

Cikgu yang pukul releks je. Minta maaf pun tak. dengan slumber jawab tu memang cara dia mengajar.

Saya cakap, saya x kisah cikgu nak marah dia ke, nak pukul dia ke tapi bukan di muka atau kepala.. Cikgu pun tahu dalam islam pun melarang kita pukul Anak di muka dan kepala.

Macam biasa diam..Hanya guru besar dan PK Hem je yang cuba tenangkan saya. Minta peluang tengok macam mane lepas ni.

Start pada kejadian tu, saya selalu pesan pada Aisya. Jangan takut, kakak kena kuat. Walau dia selalu mengadu tapi saya cuba abaikan je. Saya x nak turut same negetif pada cikgu.

Hari ni balik sekolah. Dia cakap tangan kawan dia lebam kena cubit dengan cikgu. Dia pun kena tadi sebab x bawa buku. Dia kata dia dah siap letak dalam bag mungkin Airis amek sebab airis suka khianat kakak dia.

Cikgu suruh pilih nak pukul macam mane. Last cikgu cubit. Lebam la kakinya. Saya cakap nak bagitahu abi, dia jawab jangan mama.. cikgu kata tadi bila kena pukul sikit mengadu dengan mak ayah… Kakak x nak la..

Adoii dah pandai ugut pulak.. Ingatkan cikgu amek pengajaran tapi hurmmm.. entah la… Apa pun tunggu la keputusan pakar psikitirik bulan depan.

BACA :

‘Semoga perkongsian ini dapat beri inspirasi, ini cara saya berjaya keluar daripada muflis’
‘Setiap petang Jumaat, ayah akan duduk di tangga sambil gosok belakang mak. Aku pasang telinga dengar perbualan mereka’
‘Aku nampak air sirap tadi betul-betul di bawah kelangkang ‘dia’, kerusi kosong terasa panas’