Sebabkan netizen Malaysia, Polis Thailand terpaksa cek balik video Tangmo tengok bukti

Sebabkan netizen Malaysia, Polis Thailand terpaksa cek balik video Tangmo tengok bukti

Insiden kematian pelakon popular Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Chao Phraya bukan sahaja hangat diperkatakan di bumi Gajah Putih itu sebaliknya turut mencuri tumpuan rakyat negara ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di beberapa platfrom media sosial termasuk aplikasi Tiktok, netizen Malaysia dilihat terus cuba merungkai misteri kematian itu menerusi pelbagai teori yang diwujudkan.

Sebabkan netizen Malaysia, Polis Thailand terpaksa cek balik video Tangmo tengok bukti

Difahamkan, tindakan itu sebagai tanda solidariti netizen Malaysia terhadap kematian pelakon cantik terbabit selain mahukan pembelaan wajar diputuskan kerajaan Thailand terhadap insiden tersebut.

Menerusi video Tiktok dimuat naik individu bernama Yuyueaziz, dia mengucapkan terima kasih kepada netizen Malaysia kerana membantu memberi pembelaan kepada kematian Tangmo.

“Tahniah netizen Malaysia yang tidak bergaji, pasal kalian, pihak polis Thailand semak balik video-video bukti, kalian memang hebat,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen Malaysia turut memberi reaksi kepada video tersebut dengan menyifatkan perjuangan itu sebagai satu semangat serumpun.

“Bukan setakat Malaysia sahaja, Indonesia pun sama, kitakan satu rumpun,” kata Usernamebaikhati.

“Jangan main-main dengan netizen Malaysia, Israel pun boleh koyak, dibuat pula kes macam ini,” jelas Ummie Wawa.

“Netizen Malaysia memang penyayang dan risau akan Tangmonida,” ujar DanielRaff.

Sebelum ini, netizen Malaysia pernah menggemparkan dunia apabila bertindak mengecam tindakan Israel menggunakan #IsraelKoyak hingga menyebabkan ia menjadi sohor dengan lebih 43 ribu kali ciapan.

Berita Lain:

Bentuk Yamaha 135LC generasi baru lebih moden, harga dah ‘cun’

Petua hilangkan ‘bintik hitam’ pada pakaian anda

Saintis kaji mumia manusia tapi berekor, dah macam ikan duyung

COMMENTS

Wordpress (0)