Semakin banyak UMNO negeri mahu kerjasama dengan BERSATU

Semakin banyak  UMNO negeri mahu kerjasama dengan BERSATU

Selepas UMNO PERLIS,UMNO SABAH pula membuat pendirian akan terus berkerjasama dgn BERSATU.

Tinjauan dgn Bahagian Bahagian pula jelas menunjukkan banyak bahagian umno lebih suka mengambil pendekatan lebih strategik utk terus berkerjasama sesama Parti Melayu,dan memutuskan pendirian hanya setelah parlimen di bubarkan.

Sementara itu perundingan hendaklah terus di lakukan,mencari formula terbaik utk menang.
Semakin jelas dakwaan kononnya 147 UMNO BAHAGIAN telah membuat keputusan utk menolak BERSATU juga di dapati tidak tepat.Ia hanya angka yg di petik dari whatsapp group Ketua Ketua Bahagian.

Hanya 118 Bhg yg mengemukan usul,itu pun kerana di arah dan bukan semua telah menepati prosedur mengemuka usul.RAMAI JUGA YG TIDAK JELAS,DAN SETELAH MENDAPAT PENJELASAN,BERHASRAT MENGUBAH PENDIRIAN DAN MENGAMBIL PENDIRIAN LEBIH STRATEGIK.

Di fahamkan beberapa pemimpin kanan parti akan mula turun ke bawah dan membuat penjelasan,dan akan mengambil pendirian menolak cara yg di ambil pemimpin tertentu.Kerjasama antara semua Parti Melayu,malah NGO dan Orang Melayu,wajib di teruskan.Malah UMNO berwajib memimpin muafakat parti parti orang Melayu,bukan lari darinya.Apa apa keputusan tidak di buat sekarang kerana ia hanya melemahkan UMNO.

Apa lagi di saat antara UMNO PAS BERSATU telah di sepakati bahawa Umno akan bertanding paling banyak kerusi,bermakna umno perlu berkerjasama dgn parti lain di lebih byk kerusi,demi mencipta kemenangan.Menolak mana mana parti Melayu hanya memecahkan undi Melayu dan merugikan umno sendiri.
Menolak kerjasama dgn Parti Melayu hanya menyebabkan undi utk umno akan susut dan umnolah yg rugi.

Kini semakin banyak Bhg Bhg umno memilih mengkaji semula pendirian dgn lebih teliti utk mengambil langkah lebih bijaksana yaitu kekal berkerjasama,terus berunding sesama Parti Melayu,fokus menjayakan usaha kerajaan membantu rakyat memerangi covid19,menjayakan plan immunisasi dan memulihkan ekonomi.
Lain lain strategi kearah pilihanraya hendaklah pragmatik dan hanya membuat ketetapan bila tiba masanya,bukan sekarang.Utk mempasti satu lawan satu dgn PH,kita semua wajib bermuafakat,bukan berpecah.
Sementara itu hampir semua BAHAGIAN UMNO DAN KOMPONEN BN,tetap menolak kerjasama dgn PKR DAN DAP..

Tahniah Umno Perlis dan UMNO Sabah..yg lain saya percaya bakal menyusul,INSYAALLAH

COMMENTS